Wednesday, September 29, 2010

_* Setitis Tinta *_

Syukur Alhamdulillah atas kelahiran blog 'MADRASAH TAHFIZ AL-QURAN RAUDATUL MUSLIHEN'. Semoga dengan terhasilnya blog ini, mampu meluaskan lagi jalinan ukhwah islamiyyah dikalangan umat islam seluruh dunia.

Blog ini diterbitkan untuk memperkenalkan Madrasah kami yang bertapak di Masjid Tanah, Melaka. Madrasah ini menghimpunkan dan menerima anak-anak yang berminat untuk menghafaz al-Quran dan mendalami bidang agama.


Bagaimanapun blog ini masih dalam proses pembinaan dan banyak maklumat yang belum dimuat turun. Sebarang kekurangan harap dimaafi. Tunjuk ajar dan nasihat dari mereka yang lebih arif amatlah dialu-alukan agar blog ini tampak lebih baik dari sudut persembahan data, pengisian dan lain-lain. Jazakumullah khoir al-jaza'

Wallahua'alam. Wassalam


Read more "_* Setitis Tinta *_..."

World Clock

 

2010 ©  Copyright by Madrasah Tahfiz al Quran Raudatul Muslihen | Managed by abid21